Suruhanjaya Perkuburan Perang Komanwel

Suruhanjaya Perkuburan Perang Komanwel
سوروهنجاي ڤرقوبورن ڤرڠ کومنويل
Commonwealth War Graves Commission
Kerangka
Jenis/bentuk sah
Bahasa rasmiInggeris
Tapak webwww.cwgc.org Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Pendahulu
Suruhanjaya Perkuburan Perang Imperial
Ditubuhkan
21 Mei 1917 (1917-05-21)
PengasasFabian Ware Sunting ini di Wikidata
Pengurusan
PresidenPutera Edward, Duke Kent
Ketua pengarahClaire Horton CBE
Lokasi
Ibu pejabatMaidenhead, United Kingdom
Lokasi
Koordinat51°31′25.4″N 0°43′30.5″W Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Suruhanjaya Perkuburan Perang Komanwel (CWGC) adalah sebuah pertubuhan antara kerajaan dengan enam negara anggota bebas, dengan fungsi utamanya adalah untuk menanda, merekod dan memelihara kubur dan tempat peringatan bagi anggota perkhidmatan tentera Negara-negara Komanwel yang terkorban dalam dua Perang Dunia. CWGC juga bertanggungjawab bagi memperingati orang awam di negara-negara Komanwel yang tewas akibat daripada tindakan musuh semasa Perang Dunia II.[1] Suruhanjaya ini ditubuhkan oleh Sir Fabian Ware dan dibentuk melalui Piagam Diraja pada tahun 1917 sebagai Suruhanjaya Perkuburan Perang Imperial.[1] Perubahan kepada nama yang terkini berlaku pada tahun 1960.[2]

Suruhanjaya ini kini bertanggungjawab meneruskan acara peringatan bagi 1.7 juta anggota khidmat ketenteraan Komanwel yang telah meninggal dunia di 153 buah negara.[3] Sejak ditubuhkan, suruhanjaya ini telah membina sekitar 2,500 perkuburan perang dan banyak tugu peringatan yang lain.[1] Suruhanjaya Perkuburan Perang Komanwel (CWGC) juga bertanggungjawab dalam menjaga lebih daripada 23 ribu tapak-tapak perkuburan berasingan dan menyenggara lebih daripada 200 tugu peringatan di seluruh dunia.[2] Selain memperingati anggota perkhidmatan ketenteraan Komanwel, CWGC turut mengekalkan lebih daripada 40,000 perkuburan perang bukan Komanwel dan lebih daripada 25,000 kubur tentera dan orang awam bukan perang di bawah pengaturan dengan pemerintah/kerajaan yang berkaitan.[1][4] CWGC beroperasi melalui sokongan kewangan berterusan dari negara-negara anggota: United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand, India dan Afrika Selatan. Presiden Suruhanjaya Perkuburan Perang Komanwel yang terkini ialah Putera Edward, Duke Kent .

  1. ^ a b c d Peaslee 1974.
  2. ^ a b Gibson & Ward 1989.
  3. ^ Commonwealth War Graves Commission Annual Report 2013.
  4. ^ "Facts and figures" (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Perkuburan Perang Komanwel. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 November 2011. Dicapai pada 15 Disember 2009.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search